Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Kampung Padang Jambu, Dungun


Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca SD. Semoga baik-baik belaka ya dan berbahagia di samping insan tersayang walau di mana sahaja berada.

Pada kali ini pula SD ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah berkenaan sejarah sebuah kampung. Kampung yang SD maksudkan adalah Kampung Padang Jambu.

Bagaimana kampung ini mendapat namanya?

Nama kampung ini diambil adalah bersempena dengan pokok jambu golok. Kalau orang belah-belah luar memanggil pokok jambu ini dengan panggilan pokok gajus.

Pokok-pokok ini tumbuh meliar di atas kawasan padang yang luas. Saujana mata memandanglah ketika itu dan padang itu pula dipenuhi dengan belukar tebal.

Tidak hanya ada pokok jambu sebenarnya. Ada juga pokok-pokok lain yang terdapat di padang itu, termasuklah pokok kemunting.

Jarang dah nak jumpa pokok kemunting, kan? Pokok kemunting pun dah termasuk dalam kategori buah-buahan nadir.

Keadaan tanah yang berpasir sangat sesuai sekali untuk pokok jambu ini hidup membiak. Buah jambu sedap bila dapat buat masak lemak bersama sotong atau sayur pedas.


Manakala bijinya pula, kumpul banyak-banyak dan dibakar sampai hitam. Kemudian pakat ketuk ramai-ramai untuk keluarkan isinya. Memang sangat sedap.

Bilakah kampung ini dibuka?

Dari sumber Rakan Sejarah Dungun, Kampung Padang Jambu mula dibuka pada tahun 1920-an oleh penduduk tempatan.

Sebahagian besar pokok jambu telah ditebang oleh penduduk yang menerok kawasan itu bagi membangunkan penempatan danb padan awalnya hanya beberapa keluarga sahaja yang menetap di situ.

Mereka yang tinggal di situ adalah untuk mencari rezeki seperti mengumpul hasil-hasil hutan seperti madu, buah-buahan, rotan, damar dan lain-lain yang diperoleh di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, kampung ini yang terletak berhampiran Sungai Dungun juga membolehkan penduduk di situ mendapatkan sumber ikan sama ada air masin atau ikan-ikan darat dari kawasan berpaya atau di anak sungai.

Kisah Kampung Padang Jambu

Pada tahun 1948 ketika berlakunya pertistiwa Darurat di Tanah Melayu, Daerah Dungun juga terkena tempias keganasan.

Ia terjadi apabila stesen kereta api di Kampung Che Lijah telah diserang oleh pihak komunis. Mereka membakar stesen berkenaan termasuklah menembak koc-koc kereta api.

Penduduk Kampung Tajung Pagar berada dalam kebimbangan dan menurut info terdapatnya markas komunis di situ. Demi keselamatan maka pihak kerajaan memindahkan penduduk di situ ke penempatan baharu iaitu di Kampung Padang Jambu.

Bila penduduk pun makin bertambah, maka hampir 95% pokok-pokok jambu dan belukar yang tumbuh meliar telah ditebang bagi mendirikan tempat kediaman.

Dan kalau anda lihat pada hari ini, kawasan itu sudah menjadi sebuah padang bola untuk kegunaan penduduk kampung untuk bersantai dan beriadah.

Pada tahun 1948, dikatakan jumlah taburan penduduk Kampung Padang Jambu meningkat secara mendadak sebaik sahaja syarikat British mengambil alih aktiviti perlombongan bijih besi dari tangan Jepun di Bukit Besi.

Dengan adanya kemudahan perhubungan jalan kereta api dari Bukit Besi ke Sura Jeti yang melalui kawasan berhampiran Kampung Nibong, secara tak langsung Kampung Padang Jambu juga mula membangun.

Kerana kawasan itu jadi sibuk dengan pekerja lombong ulang-alik naik kereta api pergi dan balik kerja serta membina rumah kediaman masing-masing tidak jauh dari jalan kereta api.

Kampung itu mula membangun dan berkembang maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan seperti sekolah, kedai, masjid, padang bola dan lain-lain.

Penutupan Sektor Perlombongan Biji Besi

Apabila sektor perlombongan bijih besi di Bukit Besi ditutup maka ia telah memberikan kesan mendalam pada ekonomi dan sosial kepada penduduk di situ terutamanya mereka yang bekerja di lombong Bukit Besi.

Ramai di antara mereka terpaksa cari kerja lain. Ada yang jadi petani dan nelayan. Bahkan ada yang berpindah ke tempat baru meneruskan kehidupan.

Kemudian pada tahun 1980, pihak kerajaan dan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun telah menyusun atur semula pelan struktur di Kampung Padang Jambu.

Pelan struktur tersebut yang berkeluasan 79 hektar persergi bagi membolehkan ianya wujud dengan tersusun seperti kampung yang anda lihat sekarang.

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian pada kali ini. Semoga anda mendapat info yang bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi.

Catat Ulasan for "Kisah Kampung Padang Jambu, Dungun"

IKLAN
IKLAN