Usaha Menyelesaikan 91% Masalah Sakit Lelaki

Pok Gie Tukang Urut - Suara Dungun

DUNGUN: Sekiranya kita kalau ada sakit-sakit mestilah melakukan ikhtiar berubat. Tidak boleh membiarkan ia menjadi semakin melarat. Hal yang kita tidak tahu punca haruslah diselidiki dahulu. Kadang itu kalau orang lelaki ini malu.

Masalah kelakian menjadi asbab masalah rumahtangga. Hal itu perlu dielakkan dan perlu diatasi lebih awal. Maksudnya diperingkat awal ini ia perlu dititikberatkan sebelum perkara lebih mudarat berlaku.

Tempoh 17 tahun mengurut, Azizi Sudin atau lebih dikenali sebagai Pok Gie yang berasal dari Dungun seringkali dikunjungi pelbagai pesakit dari serata tempat luar daerah ini. Pengalaman beliau dalam mengurut banyak membantu penyembuhan pesakit.

Tidak hanya sakit badan malah beliau juga mengurut mereka yang terkena penyakit stroke atau minor stroke serta yang mengalami masalah sakit tulang belakang. Masalah sakit tulang belakang juga tidak boleh dibiarkan, ia mestilah diambil berat.

Sekiranya sudah sakit tulang belakang, nak buat apa kerja pun dah susah. Ia pasti akan menyulitkan keadaan. Maka rawatlah secepatnya sebelum ia melarat. Betulkan saraf-saraf yang berselirat. Begitu juga dengan masalah stroke.

Menurutnya, pesakit yang terkena stroke dapat dipulihkan sekiranya proses mengurut dilakukan lebih awal. Ini kerana saraf-saraf yang bermasalah Insya-Allah dapat diberikan rangsangan dan bertindakbalas dengan lebih cepat.

Lelaki berusia 50an itu juga banyak membantu menyelesaikan masalah kelakian, iaitu masalah batin bagi orang lelaki. katanya lagi, urutan yang betul akan memberikan impak yang positif. Hal tersebut adalah untuk membantu pengaliran darah dengan lancar.

Selain itu beliau berkata, amalan urutan susulan mestilah dilakukan sendiri oleh pesakit dengan teknik-teknik tertentu. Ini kerana jika mengamalkan urutan yang salah, maka hasilnya tidak baik. Ia mestilah dilakukan dengan cara yang betul.

Menurut kajian dari seorang pakar sakit tuan iaitu Ismail Tambi, 91% lelaki Malaysia ramai menghidap masalah kelakian (batin) dan oleh itu Pok Gie sedia membantu anda yang memerlukan. 

Kepada yang sakit pinggang, sakit urat, atau segala sakit badan boleh mendapatkan perkhidmatannya. Insya-Allah, ikhtiar itu perlu, usah berputus asa. Hubungi Pok Gie : 011-39189348 

0 Response to "Usaha Menyelesaikan 91% Masalah Sakit Lelaki"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK