Daun Kemangi Memiliki Lebih 20 Manfaat Untuk Kesihatan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca SD. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda berkenaan tanaman yang bernama Kemangi. Enak betul daun Kemangi ini terutama sekali apabila dibuat ulam.
Daun ini bukan sahaja sedap dimakan sebagai ulam tetapi sebenarnya daun ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Siapa yang biasa makan laksa, kalau ditambah dengan daun ini, makin berselera jadinya.
Dihiris-hiris kemudian digaul bersama kuah laksa. Memang lumayan lazatnya. Ada juga yang dimakan buat ulam cicah budu. Orang Pantai Timur suka makan cicah budu, ya tak?
Daun Kemangi mengandungi Vitamin A yang sangat diperlukan oleh badan kita. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin B1 dan Vitamin C yang baik untuk kesihatan. Aroma daun kemangi ini membuatkan kita bertambah selera.
Bila dah makan, rasa tak bertambah pula. Kadang ada orang boleh makan nasi berulam dengan daun kemangi sahaja. Ikut citarasa masing-masing.
Pokok Kemangi sangat mudah ditanam dan ia banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan kita. Ia juga banyak digunakan untuk tujuan perubatan kerana terdapat pelbagai unsur yang terkandung di dalamnya.
Daun kemangi mengandungi banyak flavonoid polifenol seperti orientin dan vicenin. Daun kemangi memiliki sebatian minyak esensial seperti eugenol, sitronelol, linalool, citral, limonene dan terpineol. Sebatian ini diketahui memiliki sifat anti inflamasi dan anti bakteria.
Daun kemangi rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol, di samping itu kaya ia juga memiliki nutrisi penting, mineral, dan vitamin seperti yang dinyatakan di atas.
Seperti yang SD nyatakan, daun kemangi sangat sedap dijadikan sebagai ulam makanan kita. Banyak lagi yang terkandung di dalam Daun Kemangi ini yang sangat berkhasiat dan bermanfaat seperti:-
- Meningkatkan daya tahan tubuh
- Membantu secara alami mencegah kanser pada kulit, hati, lidah dan paru-paru.
- Melancarkan pengaliran darah
- Mencegah masalah kemandulan
- Menjaga kesihatan organ jantung
- Mencegah penyakit seriawan iaitu penyakit pada mulut dan lidah
- Membantu perkembangan tulang
- Mengurangi bau keringan / bau badan
- Bagus untuk mencegah jerawat
- Mencegah bintik-bintik hitam pada kulit wajah
- Mencegah rembut beruban
- Ubat cegah gatal akibat serangan serangga
- Mencegah terjadinya batu karang
- Meredakan demam dan masuk angin
- Mengubati penyakit panau
- Mencegah masalah keguguran rambut
- Menyegarkan kulit
- Mencegah kelemumur
- Mencegah penuaan kulit
- Menjaga kesihatan gigi dan mulut
Manfaat di atas dijadikan petua untuk kesihatan dan terdapat cara bagaimana ia digunakan sebagai satu perubatan dan ketahanan tubuh. Sekurang-kurangya tubuh kita bertambah sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Selain itu, Pokok Kemangi dan Pokok Selasih adalah dari spesis yang sama cuma terdapat berbezaan dari segi zahirnya. Namun nampak sama tapi bukan ia. - SD
Catat Ulasan for "Daun Kemangi Memiliki Lebih 20 Manfaat Untuk Kesihatan"