Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sejarah Kampung Pulau Serai, Dungun


Assalamualaikum, hai semua. Apa khabar  para pembaca SD? Semoga anda semua baik-baik belaka ya. Terima kasih kerana anda sudi menjengah ke blog SD untuk membaca info-info yang ada di sini.

Kali ini SD ingin berkongsi sedikit info dengan anda semua berkenaan dengan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Pulau Serai. Pastinya ada di antara anda yang berasal dari kampung ini.

Mungkin juga ada saudara mara yang menetap di sini, sahabat handai, kawan-kawan atau kenalan baru di muka buku, kan? Jadi SD ini nak share dengan anda tentang serba sedikit tentang sejarah Kampung Pulau Serai.

Bagaimana kampung ini mendapat nama?

Nama kampung ini diambil adalah bersempena dengan suatu tempat di kawasan tersebut yang kelihatan seperti pulau yang ditumbuhi serai.

Jadi ia pun diberikan dengan nama sedemikian dengan nama Pulau Serai. Ia taklah seperti pulau yang sangat besar tapi kawasan itu seperti pulau dan ada pokok-pokok serai.

Kampung Pulau Serai telah dibuka oleh seorang yang bernama Haji Yusof bin Lebai Isa. Beliau ini merupakan anak kepala Lebai Isa iaitu bekas hakim dan tokoh pengembang Islam di Dungun.

Setelah Lebai Isa pun meninggal dunia pada tahun 1883 dan Allahyarham disemadikan di Seberang Pintasan, maka Haji Yusof pun berhasrat untuk membuka sebuah perkampung baru.

Akhirnya beliau telah memutuskan bahawa Pulau Serai adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebuah perkampungan baru. Kemudian beliau mengetengahkan hal tersebut kepada sultan.

Sultan Terengganu ketika itu iaitu Sultan Zainal Abidin I telah memberi perkenan kepada Haji Yusof bagi membuka kampung tersebut. Maknanya beliau mendapat green light dari sultan.

Kemudian, Pulau Serai pun dicorakkan sebagai perkampungan Islam dan pengajaran Islam pun menjadi aktiviti utamanya.

Bagaimanakah corak perkampungan Islam dan pengajaran Islam itu?

Haji Yusof menerapkan nila-nilai Islam, beliau tidak membenarkan orang lelaki dalam kampung itu menggunting rambut. tapi sebaliknya disuruh bercukur.

Seterusnya, orang lelaki tak dibenarkan memakai topi serta tali leher. Selain itu orang lelaki juga tak boleh pakai seluar pendek dan memakai perhiasan emas kerana itu adalah budaya Barat.

Dikatakan corak tersebut sangat kuat dibentuk oleh Haji Yusof dan pernah berlaku seorang yang bernama Che Daud yang bertugas dengan kerajaan penjajah Bristish telah dihalau keluar dari kampung tersebut sehingga ke Sungai Dungun.

Ia terjadi ketika Che Daud masuk ke Kampung Pulau Serai, tetapi berpakaian dengan memakai topi dan berseluar pendek. Hal itu menyebabkan beliau dimarahi oleh penduduk kampung lalu diusir.

Ok... begitulah serba ringkas berkenaan sejarah bagaimana kampung ini mendapat  nama dan siapa yang buka kampung Pulau Serai.

Terima kasih kerana anda sudi membaca artikel ini. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.

Sumber: Rakan Sejarah Dungun

Catat Ulasan for "Sejarah Kampung Pulau Serai, Dungun"

IKLAN
IKLAN