Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ekonomi Peniaga Melayu Mesti Dipertingkatkan!


KUALA DUNGUN: Pasar Malam Stesen Bas Dungun atau dikenali sebagar Pasar Malam Bas 10 Dungun yang membawa maksud yang sama telah dibuka pada tanggal 22 Januari 2019 lalu. 

Kewujudannya telah mendapat perhatian penduduk setempat yang sangat menggalakkan. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Sura iaitu YB Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik merangkap Timbalan Exco Keushawanan Terengganu. 

Pasar malam yang beroperasi setiap Hari Selasa ini menerima kehadiran pengunjung yang sangat memberangsangkan. Hal ini dapat memberi peluang dan ruang untuk para peniaga meraih pendapatan.

Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Cawangan Dungun, Puan Mariam Abdullah, Pasar malam ini adalah untuk membantu meningkatkan ekonomi para peniaga kecil dan juga kepada mereka yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan bagi menimba pengalaman.


Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai juadah makanan dan serta barangan di tapak pasar malam ini. Usaha yang dilakukan ini juga adalah untuk menyediakan tempat untuk pengunjung membeli.

Selain itu, ia memberikan galakan untuk para peniaga menjalakan perniagaan masing-masing di tapak ini. Para pengunjung disajikan dengan pelbagai menu. Bazar orang ramai sudah tentunya mempunyai pelbagai pilihan.

Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Cawangan Dungun

Apabila ditanya mengenai Mesyuarat Agung yang akan datang pada 9 Mac 2019 ini, apakah beliau dapat mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi?

Lalu beliau menjawab, ia terserah kepada keputusan yang diperoleh dan sekiranya beliau masih menyandang jawatan tersebut, maka agenda untuk meneruskan misi membangunkan ekonomi dan plan untuk para peniaga dapat diteruskan bagi penggal seterusnya. - SD


Para pengunjung turut dihiburkan dengan gelagat peniaga

Catat Ulasan for "Ekonomi Peniaga Melayu Mesti Dipertingkatkan!"

IKLAN
IKLAN