Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

500 Bungkus Mee Sup Champa 'Sold Out' Dalam Sekejap


DUNGUN: Nama Mak Wan Mee Sup Melayu Champa tidak asing lagi bagi warga Dungun. Citarasa mee supnya yang unik di samping dagingnya yang lembut membuatkan ramai pelanggan terpikat.

Menurut Abdul Kadir Mohamad menerusi akaun Facebook miliknya, pihaknya telah membuka booth di Paka bagi memudahkan warga Paka untuk mendapatkan Mee Sup Champa ini memandangkan musim PKP, tidak dibenarkan makan di kedai.

Warga Paka tidak lagi perlu bersusah payah untuk turun ke kedai di Jalan Alor Tempoyak bagi mendapatkan mee sup ini sepanjang tempoh PKP. 

Tambahnya lagi, semalam sebanyak 500 bungkus Mee Sup Champa yang dihantar ke Paka telah habis terjual. Abdul Kadir Mohamad turut memberitahu, untuk sampai ke tahap ini Mak Wan Mee Sup Melayu Champa telah membina jenamanya sejak 17 tahun lalu untuk dikenali.

Memang bukan suatu yang mudah untuk membina jenama kerana ia memerlukan kepercayaan. Setiap pelanggan yang menikmati rasa masakan ini sudah semestinya meyakini keunikan rasa yang tersendiri.

Selain di Dungun, terdapat lagi cawangan kedua kedai Mak Wan. Premis tersebut terletak di Tahfiz Foodcourt Yayasan Pahang Tanjung Lumpur, Kuantan.


Jadi, orang Kuantan juga boleh menikmati rasa mee sup yang unik ini. SD juga dimaklumkan, harga terkini bagi semangkuk mee sup biasa adalah RM8.00 sahaja.

Berbaloi dengan kualiti dan portion yang disediakan kepada pelanggan-pelanggannya. Selain mee champa, terdapat juga menu seperti mee kuning, kuetiau, bihun, megi disediakan oleh pihak Mak Wan.

Menu yang menjadi rebutan dan istimewa sekali adalah sup gearbox yang berharga RM30.00 semangkuk. Ini sangat-sangat terhad.

Catat Ulasan for "500 Bungkus Mee Sup Champa 'Sold Out' Dalam Sekejap"

IKLAN
IKLAN