Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Baru tahu, rupa-rupanya sekarang ni adalah balai polis yang ketiga di Dungun


Balai Polis bersebelahan padang bola (Padang Astaka)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini SD nak kongsi dengan pembaca sekalian berkenaan dengan sejarah Balai Polis Dungun. Ini untuk informasi bersama sahaja.

Perkongsian serba ringkas ini adalah berkenaan sejarah lokasi. Dungun kita dalam proses membangun, jadi terdapat banyak lagi rancangan insfrastruktur sedang dirangka. Tidak ketinggalan juga peralihan sesetengah tempat termasuklah balai polis.

Bangunan Balai Polis yang ada sekarang di adalah yang ketiga. Menurut dari sumber Rakan Sejarah Dungun, Balai Polis yang pertama (Pada waktu itu ia dipanggil Rumah Pasung) adalah yang dibina di tapak rumah Michelle Siew sekarang iaitu di Jalan Pasar.

SD pun tak pasti juga di mana sebenarnya tapak rumah Michelle Siew tersebut, itu anda kena Google la kut. Atau cuba dapatkan sumber yang sahih lainnya.

Lagipun SD tak jumpa gambar balai polis pertama tersebut, kalau ada sesiapa yang yang ingin berkongsi silakan. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan...

Kemudian pada tahun 1933, telah berlaku penyusunan semula di Kuala Dungun dan Balai Polis Dungun didirikan di Jalan Tambun bersebelahan padang bola (Padang Astaka).

Dan ia seperti gambar yang berada di atas. Tapak balai polis berkenaan berada di sebelah pasaraya Nirwana itu. Sesiapa yang tak tahu, sebelah itulah merupakan balai polis kedua.

Katanya lagi, Balai Polis kedua ini pada asalnya adalah berupa bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu. Mula-mula ia adalah binaan kayu.

Pada tahun 1973 barulah dibina dengan binaan batu (sebagaimana gambar) disertakan pelbagai kemudahan seperti kuarters, surau dan lain-lain.

Pasti ada di antara anda punya kenangan di sini, mungkin ada yang pernah berkerja di sini ke? Ataui pernah datang sini buat report ke, balai ini dah tinggal kenangan. Kosong dah sekarang.

SD pun tak tahu tapak ini nak dibangunkan apa selepas ini. Sekian lama ia terbiar kosong tanpa sebarang pembangunan. Tak pasti apa rancangannya selepas ini.

Kemudian...

IPD sekarang di Jalan Batu 48

Pada tanggal 1 Julai 2004, Ibu Pejabat Polis (IPD) yang baru telah siap dibina sepenuhnya yang terletak di Batu 48, lalu Balai Polis ini ditutup untuk berpindah ke IPD yang baru.
Bila sebut pasal sejarah ni, pasti ada hal yang menggamit kenangan berkaitan dengan balai polis ini, kan? Sama ada suka dan duka dirasai bersama, apa kenangan anda? Berlayarlah dalam ingatan.

Catat Ulasan for "Baru tahu, rupa-rupanya sekarang ni adalah balai polis yang ketiga di Dungun"

IKLAN
IKLAN