Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cikgu Ziad Pentingkan Kualiti Dalam Seni


DUNGUN: Bidang seni tidak asing lagi bagi Ziad Zainuddin Abdul Kadir, 43, yang mengusahakan perniagaan senireka grafik dan papan tanda sejak tahun 2007 lagi.

Premis perniagaannya yang terletak di No 885 Jalan Nibong Stesen itu telah beroperasi sejak 14 tahun yang lalu dan masih bertahan sehingga ke hari ini.

Bertanyakan mengenai sejarah perniagaannya, beliau berkata, dalam bisnes pasti ada turun naiknya dan apa yang paling penting adalah menjaga kualiti meskipun persaingan semakin sengit.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah papan tanda, plate, sticker dll.

Tambahnya lagi, kini bisnesnya dijenamakan semula dari nama lama Creative Soul Art Sign kepada Ellzac Studio untuk memberikan nafas baharu.

Mengimbau kembali sejarah bermula perniagaannya, sebenarnya ada suka dan duka, tetapi semua itu menjadi asam garam dalam berniaga sama ada mahu atau tidak mesti ditempuhi juga.

Sepanjang tempoh 14 tahun itu, beliau banyak menimba pengalaman dan sehingga ke hari ini perniagaannya masih bertahan walaupun terdapat banyak persaingan namun itu tidak mematahkan semangat.

Apa yang penting adalah dengan menjada kualiti dan hubungan dengan pelanggan. Itu akan melahirkan hasil yang terbaik. 

Walau bagaimanapun, ia bergantung pada keadaan semasa kerana semua itu melibatkan kos dan masa. Namun, bagi Cikgu Ziad beliau akan berusaha memastikan agar pelanggannya tetap berpuas hati.

Beliau yang mengajar di SMK Dato Bijaya Sura, Kg. Nyiur dibantu oleh isterinya Puan Siti Marlina untuk turut sama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bermutu kepada para pelanggan Ellzac Studio.

Bagi yang ingin berurusan boleh menghubungi Cikgu Ziad di talian 0139656570 atau Whatsapp di nombor 0196305903.

Catat Ulasan for "Cikgu Ziad Pentingkan Kualiti Dalam Seni"

IKLAN
IKLAN