Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kedai Kena Khianat Disembur Racun


Memulakan perniagaan bukanlah suatu yang mudah, begitu juga untuk bertahan memandangkan di dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini tambah pula keadaan semasa dunia dilanda wabak Covid-19. Namun, kehidupan mesti diteruskan. Bagi peniaga atau bakal-bakal peniaga yang ingin berniaga bolehlah mengambil inpirasi daripada kisah seorang wanita yang tabah ini.

Beliau yang kami maksudkan adalah Puan Hafizan Isa yang sebelum ini pernah kami menemuramahnya pada tahun 2017. Puan Hafizan pernah mengusahakan perniagaan restoran pada tahun 2011 tapi malangnya terdapat insiden yang beliau sendiri tak jangka. Anda boleh baca kisah pernah diceritakan oleh beliau sendiri...

Dari pengalaman itu, beliau sehingga kini tidak berputus asa sehinggalah mencuba perniagaan baru, iaitu membuat donut. Donut yang dijual oleh Puan Hafizan tidak terlalu mahal dan ia mampu dibeli oleh sesiapa sahaja disamping rasanya yang cukup sedap.

Terdapat pelbagai citarasa dan perisa yang disediakan oleh Puan Hafizan di bawah label Donut ADIK. Cetusan idea muncul sewaktu dalam perniagaan NCKT lagi, sehinggalah perniagaan NCKT terpaksa ditutup di atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Puan Hafizan, pada peringkat awal, Donut Adik hanya menyediakan beberapa jenis perisa, kemudian permintaan kian meningkat setelah mereka mula menjualnya di tapak pasar-pasar malam. Beliau melahirkan rasa suka setelah donut yang disediakan habis terjual.


Apabila ditanya, kenapa jual murah? Lalu katanya agar semua orang dapat menikmatinya. Walaupun murah tetapi orang dapat beli dengan kuantiti yang banyak dan pilihan yang pelbagai. Apa yang penting kualiti dan rasa adalah terjamin. Disamping itu, aspek kebersihan adalah menjadi keutamaan.

Membina bisnes Donut Adik sebenarnya mencabar juga, pada peringkat awal tetap ada cabaran datang tetapi Alhamdulilah katanya ujian itu dapat dilalui dengan tenang. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Beliau terpaksa berpindah premis perniagaan dan kini berada di tempat sekarang iaitu di hadapan bangunan kedai Eco, Dungun.

Hal yang paling penting adalah mesti berani mencuba. "Kak Zan mula-mula pun takut juga nak sewa premis, dapat cover ke tak semua cost, sales macam mana? Bil-bil semua, gaji pekerja pulak? Tapi Alhamdulillah... semua perasaan takut tu hilang, malah rasa syukur." Katanya.

Tambahnya, bukan senang sebagai anak Melayu hendak bersaing dengan bangsa lain di dalam perniagaan di dalam bandar. Bila dapat bertahan dan meneruskannya ia satu rahmat yang besar. Puan Hafizan boleh menarik nafas lega dapat membantu anak bangsa dengan menyediakan peluang pekerjaan.

Beliau juga sangat berterima kasih kepada pelanggan yang sentiasa menyokong usaha yang dilakukannya dari dahulu sehingga ke hari ini.


Donut Adik turut menyediakan perkhidmatan bouquet untuk sambutan hari jadi dan sebagainya. Kepada anda yang ingin mendapatkan servis ini, boleh hubungi pihak Donut Adik.

Catat Ulasan for "Kedai Kena Khianat Disembur Racun"

IKLAN
IKLAN