Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resipi kerabu suhun, hidangan popular dari Thailand


Hai semua kali ini SD nak berkongsi dengan anda resipi yang datangnya dari seorang penulis novel iaitu Cik Fieyza. Beliau ingin berkongsi kepada anda satu resipi yang sedap dan lazat iaitu Kerabu Suhun. Jom!

Kerabu Suhun tapi Cik Fieyza sebut "tahoon" bukan taun ya.

Ini percubaan pertama buat kerabu suhun yang merupakan hidangan popular dari Thailand. Sebelum ni biasa buat kerabu maggi tetapi atas sebab-sebab tertentu, Cik Fieyza tukar kepada suhun.

Cara membuatnya Cik Fieyza olah sendiri mengikut citarasa dan bahan apa yang ada di dapur. Pedas, masam dan kena dengan selera. Alhamdulillah, mengenyangkan.

Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang ingin mencubanya juga.



Bahan rencah :
Bawang putih - 3 ulas*
Serai - 3 batang*
Bunga kantan - sekuntum - hiris
Udang kepal - 2 sudu besar
Cili padi - 8-10 tangkai*
Daun ketumbar - hiris
Daun bawang/daun sup - hiris
Limau kasturi - 5 biji (perah dan ambil airnya)
Cuka makan - 3 sudu
Sos cili Thai - 3 sudu
Sedikit garam dan gula
Air kosong 1 cawan


Bahan lain :
Suhun - celur dan tapis
Ayam / udang / sotong - celur
Lobak merah - sagat halus
Kacang panjang - potong pendek

Caranya :
Tumbuk separuh lumat bahan bertanda * kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan untuk rencah dan rasa mengikut citarasa masing-masing.

Masukkan suhun yang telah ditapis ke dalam bekas besar supaya mudah untuk digaul. Tuang separuh daripada bahan rencah serta masukkan semua bahan lain kemudian gaul rata. Habiskan baki rencah dan biarkan sebati. Siap!

Boleh dimakan begitu saja atau makan bersama nasi putih.

Kredit : Novelis Afieyza Isahak

Catat Ulasan for "Resipi kerabu suhun, hidangan popular dari Thailand"

IKLAN
IKLAN