Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SMK Sultan Omar sekolah tertua di Dungun

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar

Hai semua. Semoga pembaca SD  berada dalam keadaan baik-baik belaka. Pada kali ini SD nak kongsikan dengan anda berkenaan sebuah sekolah.

Sekolah yang SD maksudkan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar atau nama ringkasnya SMK Sultan Omar, atau lebih dikenali oleh orang Dungun sebagai Sekolah S.O.

Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Yahya Ahmad, Dungun, Terengganu.

Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar memiliki 405 pelajar lelaki dan 432 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 837 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang tenaga pengajar.

Untuk pengetahuan umum, sekolah ini merupakan sekolah menengah tertua di daerah ini yang dahulunya merupakan sekolah berasrama.

SMK Sultan Omar ini sebenarnya dari akar umbi sekolah inggeris yang diberi nama Dungun English School (Sekolah Inggeris Dungun) yang kewujudannya bermula pada tahun 1959.

Pada tahun tersebut, seramai 35 orang murid Dungun English School peringkat rendah yang lulus Malayan Secondary School Enterance Examination (Peperiksaan masuk ke Sekolah Menengah Malaya) telah memasuki peringkat menengah (Tingkatan Satu).

Kemudian pada tahun 1961, kumpulan murid perintis ini menduduki peperiksaan Lower Certificate Of Education (Sijil Rendah Pelajaran, SRP). 

Seramai 19 orang calon dapat melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat pada tahun 1962 dan menduduki peperiksaan Over Sea Certificate (Sijil Persekolahan Seberang Laut) dan Federal Malayan Certificate (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) pada tahun 1963.

Pada Januari 1963, peringkat menengah telah melaksanakan pentadbirannya sendiri apabila dipisahkan daripada peringkat rendah dan dinamakan Sekolah Menengah Inggeris Dungun. 

Pada tahun 1963 itu juga sekolah menerima kumpulan pertama pelajar Tingkatan Satu Aliran Melayu.

Encik Lim Teh Eng merupakan Guru Besar pertama yang mentadbir DESS. Pada tanggal 25 Jun 1968, Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari. 

Dan pada tahun 1975,  DESS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar.

Pemilihan nama baharu ini dibuat adalah bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-9. 

Pada ketika itu juga pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu telah berlaku sepenuhnya. 

Pada tahun 1989, pengajian tingkatan enam bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera.

Berikut SD senaraikan Guru Besar dan Pengetua yang mengetuai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar semenjak 1959 hingga kini :-
  1. En. Abdul Manap bin Said - 1959 hingga 1960
  2. En. M.F Kularatham - 1960 hingga 1962
  3. En. Lim Teng Eng - 1963 hingga 1966
  4. En. Douglas Menasseh - 1966 hingga 1967
  5. En. Jamaluddin bin Ali - 1967 hingga 1968
  6. En. Gilbert Khoo - 1968 hingga 1970
  7. En. Mahan Singh - 1970 hingga 1972
  8. En. T.N Varughese - 1972 hingga 1979
  9. En. Hussein bin Salleh - 1980 hingga 1982
  10. Haji Ismail bin Mohd - 1983 hingga 1985
  11. En. Ong Teow Leng - 1986 hingga 1988
  12. Haji Said bin Nik - 1988
  13. Haji Che Daud@Zakaria bin Yacob - 1988 hingga 1991
  14. Haji Noor bin Bakar - 1991 hingga 1992
  15. Hajah Ainun Jamilah bt Mohd Ali - 1992
  16. Haji Zaid bin Chik - 1992 hingga 1995
  17. Haji Abdullah bin Ali - 1996 hingga 1999
  18. YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam - 2000 hingga 2001
  19. En. Jain bin Awang - 2001 hingga 2004
  20. En. Ab Malik bin Musa Dali - 2004 hingga 2009
  21. En. Abdul Rahman bin Husin - 2009 hingga 2013
  22. Tn Hj Md Zain bin Muda - 2013 hingga 2014
  23. En Wan Su bin Wan Jaffar - 2014 hingga 2016
  24. Pn. Hjh. Noor Maziah Bt. Abd. Rahman - 2016 hingga Mac 2018
  25. Tn. Hj. Zulkefly bin Abd Rahim - Mac 2018 - 2019
  26. Tuan Haji Che Rashid bin Sulong - September 2019 hingga sekarang
SMK Sultan Omar juga memiliki laman blog sendiri iaitu smksultanomardungun.blogspot.com

Pengetua ke 26 di SMK Sultan Omar, Tuan Haji Che Rashid bin Sulong

Motto : DESSO 2021
Sepakat Menjulang DESSO Cemerlang

2 ulasan for "SMK Sultan Omar sekolah tertua di Dungun"

  1. Saya pernah bertugas di SMKSO pada tahun 1991 dan berakhir 2004. Dari menjadi guru Penolong yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Tingkatan 6. Pengalaman pertama di sekolah menengah setelah beberapa tahun di sekolah rendah.

    BalasPadam
IKLAN
IKLAN