Peniaga Durian Yang Tamak Perlu Diboikot


Assalamualaikum saudara dan saudari semua.

Saya mungkin akan dikecam dengan kebenaran yang disampaikan, tapi saya tak pernah takut menyampaikan yang haq, semoga Allah tuntuni kita semua kearah keredhaan-Nya dalam ibadah kepada-Nya dan dalam bermuamalat sesama manusia terutama sesama saudara se-Islam.
 
Sekarang ini musim durian, Alhamdulillah ramai peniaga-peniaga kita yang terdiri dari umat islam berada di pasar, kawasan tepi-tepi pantai dan tepi-tepi jalan raya sedang rancak berniaga.

Namun yang sedihnya, masalah yang sama masih berulang, setiap kali musim durian pasti ramai yang 'terganggu', seolah-olah dah menjadi darah daging para peniaga durian untuk mengambil kesempatan di musim durian ini.

Kita kasihankan mereka, kita teringin untuk menyokong dan mendukung saudara se-Islam kita dalam perniagaannya, kita juga bersama dalam slogan BMF (Buy Muslim first).

$ads={1}

Namun antara sebab kenapa kebathilan ini terus bermaharajalela di negara kita ini, adalah disebabkan sikap kita sendiri yang bodoh dan membiarkan diri serta ahli keluarga kita diperbodoh-bodohkan orang lain. Kita seolah-olah bersetuju dengan akad jual beli yang sedia bodoh ini!

Kebanyakan durian yang diambil adalah terus dari dusun atau kebun durian dan 'majoriti' dibeli secara lump sum atau perbakul. Kebanyakan peraih, peruncit, peniaga yang bersikap 'yahudi' mengambil pula kesempatan untuk 'untung besar'.

Mereka bersikap sedemikian terhadap pembeli, membelit leher, menghisap darah dan menindas masyarakat tanpa belas kasihan dengan tidak memberikan pilihan dalam membeli, harga pasaran ini bermaksud harga dengan timbangan kulit, kulit durian mempengaruhi berat sebiji durian sekitar hampir 80-90%!!!! 

Jika berat sebiji durian 5-6 kilogram, mungkin berat isi (termasuk biji) tak sampai sekilo!

Saudara dan saudariku semua... kita tak mampu kawal pasaran durian seluruh negara, namun kita dapat kawal dan memberi tekanan kepada peniaga-peniaga ini di dearah kita, Insya-Allah sudah cukup untuk menghentikan kebathilan dan kebodohan ini!

Ada dua cara penyelesaian untuk isu ini;
  1. jika mahu timbang, buang kulit, timbang isi.
  2. boleh juga jual longgok atau jual perbiji.
Jika tidak, sebagai kuasa pembeli, kita boleh boikot, biarkan durian busuk, baru mereka menggelabah nak dapatkan pelanggan dengan timbangan yang adil dan akad yang sah.

$ads={2}

Antara jawapan 'playsafe' peniaga durian selalunya begini;

"Kami pun beli timbang boss."

*Kenapa tak beli direct supplier? Disebabkan kebodohan kau beli dengan timbang kilo, pelanggan pulak nak kena tanggung kebodohan kau?

"Takkan nak kopek isi dengan kulit? Tu dah mcm tempoyak boss."

*Orang cakap buka kulit durian, jual timbang yang ulas tu, bukan carik isi dari biji

"Habis tembikai tu beli dengan kulit jugak."

*Berapa peratusan ketebalan dan berat kulit tembikai kalau nak dibandingkan dengan kulit durian?

"Alaaa busuk hati la, meniaga durian je kot, macam-macam hal la orang zaman sekarang!"

*Ramai je orang meniaga durian ada akal, ada iman, berpandukan hukum hakam, bukan main niaga 'asal barang jadi duit je'

Yang paling best, acah-acah mengaji fekah pun datang;

"Yang penting dalam hukum jual beli ni peniaga dan pembeli redho, maka hukumnya sah."

Hukum akad jual beli ni harus, masalahnya apa pilihan korang bagi pada pelanggan? Pelanggan kena bayar harga cekik darah kau untuk kulit durian yang tebal tu? Timbang sebiji dalam 5-6kilogram, isi/biji durian tak sampai sekilo? Lepas tu kau expect pelanggan ada pilihan lain? Itu ke maksud redho dalam jual-beli?

Laknat Allah ke atas peniaga Islam yang curang dalam berniaga.

Antaranya firman Allah swt dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya:
 
dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan TIMBANGAN YANG ADIL. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

Saya menyeru kita tak payahlah terkial-kial nak beli durian dengan peniaga begini, biar mereka faham kuasa pembeli!

"Bila mana kebenaran diungkapkan; Maka orang-orang yang bijak akan merenung kebenaran, namun orang-orang bodoh akan tersinggung."

Najib Khalid Jafri
Penulis bebas

2 Responses to "Peniaga Durian Yang Tamak Perlu Diboikot"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK