Elak Sembelit Antara 8 Khasiat Makan Bayam Brazil


Secara umumnya makan sayur-sayuran memberikan tubuh badan kita seribu satu macam kebaikan. Di antara sayur-sayuran atau ulam-ulaman yang dimaksudkan pada kali ini adalah sejenis tumbuhan yang dipanggil bayam brazil.

Nama saintifik bagi bayam brazil ini adalah Alternanthera sissoo. Buka Siso Koperatasa tu ye.  Alternanthera sissoo ini merupakan spesis dalam keluarga Amaranthaceee yang senang tumbuh dan cepat membesar.

Tumbuhan ini boleh membesar sehingga tingginya berukuran 30cm dengan saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5cm lebar. Bayam brazil memang sangat-sangat mudah untuk ditanam.

Bayam brazil berbeza dengan bayam yang lain kerana ia mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan begitu sahaja seperti salad. Sungguh enak dimakan begitu saja. Tapi cucilah dahulu biar bersih dengan air.

Bayam brazil pun boleh dimakan sebagai ulam cicah budu juga tau. Sedap! Selain itu ada yang suka goreng celup tepung. Sedap dan rangup. Cubalah try!

Secara umumnya, khasiat bayam brazil ni lebih kurang sama sahaja dengan bayam lain, berikut adalah kebaikan-kebaikan memakan bayam ini.

Kebaikan dan khasiat bayam brazil

1. Mencegah kanser

Sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) yang terkandung di dalam bayam merupakan komponen yang dapat mencegah pertumbuhan kanser.

Selain itu, antioksidan seperti kempferol yang terkandung di dalam bayam juga mampu mencegah risiko kanser. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bayam ini, risiko mendapat kanser prostat dan payu dara adalah berkurang.

2. Melawan radikal bebas

Proses metabolisma juga menghasilkan radikal bebas. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kencing manis dan kanser.

Antioksikan yang terkandung dalam bayam mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Meningkatkan kesihatan mata

Kandungan zeaxanthin dan lutein sangat kaya dan tinggi dalam bayam, iaitu komponen karotenoid yang memberi warna dalam sayur-sayuran.

Zeaxanthin dan lutein mengurangkan risiko katarak dan Degenerasi Makula yang merupakan penyebab utama kebutaan. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.

Tambahan lagi, kandungan vitamin A dalam bayam juga penting untuk kesihatan mata kerana ia merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

4. Menurunkan berat badan

Seperti kebanyakan sayuran hijau yang lain, bayam juga turut mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi. Ia membantu kita untuk mengawal porsi makanan dan berasa kenyang lebih lama.

5. Meningkatkan sistem ketahanan badan

Selain berfungsi untuk kesihatan mata, kandungan vitamin A dalam bayam turut berperanan meningkatkan penghasilan sel-sel darah putih.

Sel-sel ini memainkan peranannya yang cukup penting iaitu bertindak melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang badan.

6. Mengelakkan sembelit

Seperti yang telah disebutkan di atas, kandungan tinggi serat yang terdapat dalam bayam tidak hanya dapat mengurangkan berat badan malah dapat mengelakkan berlakunya sembelit.

Bayam merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Jadi, ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

7. Mengawal tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi ini sebenarnya boleh membawa pelbagai kemudaratan dan ianya menyebabkan banyak komplikasi serta kematian sekiranya tidak dicegah dari awal.

Nitrate berperanan mengawal tekanan darah tinggi serta dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Bayam merupakan salah satu sumber makanan yang tinggi kandungan nitratenya.

Selain itu, asid folik yang terkandung di dalam bayam juga membantu untuk melebarkan atau mengembangkan saluran darah serta melancarkan aliran darah dalam badan.

8. Sumber vitamin K

Bercerita tentang vitamin, Vitamin K ini pula ia sangat tinggi terkandung dalam bayam brazil, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Tinggi, kan?

Vitamin K ini sebenarnya sangat membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakkan pendarahan yang berlebihan. 

Di samping itu, vitamin K juga penting bagi kesihatan jantung, tulang dan mencegah terjadinya penyakit kanser.

Walaupun bayam ini banyak khasiatnya, namun ada juga golongan tertentu yang dihadkan bagi mengambilnya. Maksudnya adalah dihadkan akan pengambilannya. Tak boleh makan banyak.

Menurut sumber, golongan yang mesti berjaga-jaga adalah mereka ada penyakit batu karang dan pesakit yang mengambil ubat pencair darah.

Pesakit batu karang:

Orang yang ada sakti batu karang ini berisiko sikit kerana batu karang terbentuk dari asid dan garam mineral. Batu kalsium merupakan jenis batu karang yang biasa terjadi dan ia terdiri daripada kalsium oxalate.

Dalam bayam pula mengandungi kalsium dan oxalate yang tinggi, jadi golongan ini agak berisiko jika mengambilnya secara berlebihan.

Pesakit yang mengambil ubat pencair darah:

Kandungan vitamin K dalam bayam berfungsi bagi proses pembekuan darah. Jadi, Vitamin K akan mengganggu tindak balas ubat cair darah seperti warfarin. 

Oleh itu, mereka yang mengambil ubat cair darah, perlulah berbincang dengan doktor sebelum mengambil bayam dengan kuantiti yang banyak.
 
Baiklah… seterusnya kita ketahui pula bagaimana cara untuk menanam bayam brazil ini. Sebenarnya ia adalah cukup-cukup mudah. Ia boleh ditanam mengikut kreativiti anda. Nak tanam dalam pasu, polybag atau dalam apa bekas sekalipun mengikut kesesuaian. Malah ada juga yang tanam atas tanah batas.

Cara mudah tanam bayam brazil:
  • Untuk dijadikan benih adalah lebih baik memilih bahagian ranting bayam brazil yang tua.
  • Pastikan dibuang semua daun bayam brazil termasuk bahagian pucuk muda.
  • Potong ranting bayam brazil kepada panjang sekitar 10cm
  • Rendam bahagian pangkal rantingnya di dalam air sehingga keluar akar (sekitar 3-4 hari)
  • Semai bayam brazil di dalam medium tanah. Pastikan pilihan medium tanah tidak bertakung air.
  • Siram pokok bayam brazil anda 2 kali sehari (pagi dan petang)
  • Sekitar kurang 1 minggu, tunas baru bayam brazil akan kelihatan
Nota:
Pastikan anda melakukan pembajaan setiap dua minggu agar bayam brazil cepat membesar dan menggalakkan pembentukan pucuk dan daun.

Pastikan anda melakukan pemangkasan ranting apabila nampak bayam brazil tersebut melebihi ketinggian satu jengkal agar bayam brazil anda kelihatan cantik.

Sumber: rootofscience

0 Response to "Elak Sembelit Antara 8 Khasiat Makan Bayam Brazil"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK