Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kaki Goncang Di Antara 8 Ragam Pelanggan Ketika Membeli-Belah

Pasaraya merupakan pusat untuk kita membeli belah. Pelbagai barang keperluan dapat dicari di sana. Maka di situ juga dapatlah kita tengok pelbagai ragam manusia saat berbelanja.

Hal yang paling terkesan adalah kepada mereka yang bekerja di sana. Mereka sudah terbiasa melihat ragam-ragam pelanggan ketika memilih barang di pasaraya. Tak mustahil anda juga pernah melihatnya... Tanpa berlengah lagi jom kita baca.

Ragam pelanggan membeli-belah di pasaraya

1.  Mereka yang sangat berhati-hati

Contohnya ketika memilih sebungkus roti, punyalah lama memilihnya. Dibelek-belek satu persatu untuk melihat bilakah tarikh luput walaupun tag tertera warna yang sama dan tarikh yang serupa.

2. Kaki picit (tekan)

Golongan ini kalau masuk dekat bahagian buah-buahan memang tangan jenis tak reti duduk diam, suka picit-picit buah. Habis semua buah dipicitnya. Kalau sesiapa yang triggert nampak memang rasa nak picit-picit saja golongan ini.

3. Kaki goncang

Golongan ini pula kalau yang jenis pilih keropok atau kerepek contohnya macam Pringles memang suka goncang dulu. Beliau ni nak pastikan dulu agaknya sama ada kerepek tu dah pecah atau tidak. Maka habis semua digoncangnya.

Orang ni tak sedar tindakannya itu akan menambahkan lagi tahap kepecahan kerepek yang berada dalam tu. Kalau ada ramai jenis begini, bankrap la tauke kedai tu jawabnya. Rasa nak goncang-goncang sahaja orang macam ini, kan?

4. Kaki sejuk

Golongan ini pula kalau pergi dekat peti, atau barang-barang frozen memang jenis suka buka peti sampai over limit. Suka sangat dengan wap-wap sejuk tu. Sambil-sambil pilih, layan nyamannya kedinginan.

Selepas dah pilih apa yang dia nak, tak reti pulak tutup semula peti tu. Dibiarkan terbuka begitu. Dasar pandai buka, tapi tak pandai nak tutup, tak bertanggungjawab.

5. Pemalu orangnya

Orang jenis ini bila mahu beli alat kontrasepsi tapi coverline dan acah-acah menyelitkannya dengan barang-barang lain. Dah sampai dekat kaunter, padahal cashier tetap kena ambil scan juga. Bimbang sangat orang lain nampak agaknya.

Nak buat macam mana, malu...

6. Manusia plastik

Bukan sahaja bersifat plastik, malah perangai juga pelik, suka sangat dengan plastik. Kalau tempat barang-barang yang disediakan plastik, diambilnya plastik banyak-banyak. Selepas itu kalau dah terlebih pula dibiarkan merata-rata. Bayar 20sen tak nak.

7. Pembeli kiriman isteri

Jenis ini pula kalau bini minta beli pad, setibanya di situ (tempat lokasi barang tersebut berada) automatik jadi tercengang dan tak tahu nak buat apa. Lepas tu termenung dan terduduk memikirkan nasib diri.

8. Bila waktu pembayaran, ini tak jadi itu tak jadi

Bila dah ambil barang itu dan ini, dah siap pegang malah ada yang ada dalam bakul tengah on the way nak pergi bayar di kaunter tiba-tiba berfikir pula. Nak beli ke tak nak beli apa yang sudah di tangan. Bila tak jadi, main letak sahaja dekat mana-mana rak.

Kalau perasan, banyaklah barang-barang kat pasaraya kadang tersalah parkir tempat. Kemungkinan kerja pelanggan jenis ni...

Anda pula tergolong jenis yang mana?

1 ulasan for "Kaki Goncang Di Antara 8 Ragam Pelanggan Ketika Membeli-Belah"

IKLAN
IKLAN