Kita Dah Jaga Kita Tetapi Apa Lagi Yang Tak Kena Sebenarnya?


Pandemik Yang Semakin Tenat

Melihat stastik kes peningkatan positif Covid-19 agak membimbangkan. Dilihat rakyat telah pun patuh SOP, rakyat dah pun berusaha memperkasakan kempen #KitaJagaKita tetapi kalau kita jaga kita seperti menjala ikan diberikan pukat yang rabak, apa maknanya?

Runsing dibuatnya, risau jadinya gara-gara rakyat terpaksa berkurung lama. Hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan, mengundang pelbagai masalah dan kerumitan. Anak-anak pula ketinggalan dalam pembelajaran.

Belajar dari rumah memang sukar, bukannya anak boleh ikut, berapa sukar nak belajar atas talian. Agak-agak berapa lama keadaan ini akan berterusan? Usia anak-anak kian meningkat. Pendidikan terabai. Keluhan ibu bapa semakin tersepit. Anak ramai pula bagaimana?

Kes naik seolah-olah tidak menunjukkan sebarang perubahan penurunan yang ketara. Kilang-kilang besar terus dibiarkan beroperasi. Maka berkatalah orang-orang yang bijak, kalau kilang tutup, ekonomi akan merudum.

Habis tu nak biar sampai bila? Buat Lockdown pun separuh masak? Itulah yang difikirkan. Apa sebenarnya lockdown? Hairan benar, negara lain kes mereka turun. Negara kita dengan ketidakstabilan politiknya, perebutan kuasanya. Macam-macam hal.

Rakyat? Rakyat jadi mangsa keadaan. Orang dah kurang duit. Nak berbelanja pun dah payah. Memang bantuan diberikan tapi bukan dapat menampung sepenuhnya. Hutang itu dan ini, semua nak kena bayar. Ada yang terpaksa bergolak bergadai.

Itu belum masuk lagi dengan kes perceraian, kes pergolakan rumah tangga sebab ekonomi rumah tangga pun dah tak stabil. Macam-macam statement pula keluar disuruh rakyat begitu dan begini. Rakyat dah buat semua yang kerajaaan suruh, apa lagi yang tak kena?

Nak kata  rakyat degil? Ya, memang ada yang degil itu tak dapat dinafikan, tapi kenapa jadi degil? Bukankan lockdown yang dulu kerajaan pernah berjaya? Kes satu angka. Itu membuktikan rakyat pernah dengar kata. Tapi semua jadi muak.

Rakyat terkurung, jiwa jadi murung kerana ini terlalu lama. Nak berniaga, orang tak ramai. Duit tak ada. Kuasa membeli jadi kurang, kos sara hidup makin naik. Kos barang meningkat. Itu dan ini. Waktu pandemik, harga barang pun ada yang naik.

Cakap lebih-lebih nanti ada orang marah. Habis sampai bila nak marah? Rakyat ramai yang susah. Bukan rakyat malas, tapi tanggungjawab tak tergalas dah. Beban makin memberat. Kluster situ kluster sini.

Baca: PKP terkurung hidup jadi murung

Pening sangat, tu belum dikira ada yang tertekan sanggup habiskan nyawa sendiri. Itu semua tekanan perasaan yang tak terbendung lagi. Banyak benda nak kena tanggung, emosi paling berat nak kena jaga. Kasihan juga kepada para frontliner... mereka sudah bertungkus lumus...

Semakin tenat dah pandemik ni. Yang paling haru, politiklah yang terlihat seperti menghancurkan segala-galanya. Negara kita dari sudut politik nampak sangat jelek. Permainan retorik punya agenda serta banyak menimbulkan skeptikal dan mengundang tindakan yang seperti semberono. Namun punya helah.

Entahlah, dunia semakin tenat agaknya...

Adit Zulfan
Penulis Bebas

0 Response to "Kita Dah Jaga Kita Tetapi Apa Lagi Yang Tak Kena Sebenarnya?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK