Nasihat Nabi Muhammad SAW Buat Para Peniaga


Ramai yang majoriti beragama Islam di daerah ini khususnya dan di mana-mana sahaja amnya, saya lihat ramai juga yang rancak mempromosikan perniagaan masing-masing, Alhamdulillah semoga usaha kita semua dikurniakan barokah-Nya.

Saya bukanlah sesiapa,...

Pesanan ini juga buat diri sendiri, keluarga dan sahabat semua yang sedang menjalankan aktiviti perniagaan, semoga kita lebih berhati-hati, Insya-Allah.

Keghairahan peniaga dalam mencari rezeki adakalanya membuat fikiran menjadi tidak stabil dan tidak waras. Ada yang tidak jujur juga, tidak amanah dalam perniagaan sehingga menzalimi pembeli. Apatah lagi kita kini berada dalam situasi yang tertekan dan mendesak.

Kita mengejar 'kuantiti' dari hasil perniagaan lebih dari 'kualiti' yang diperintahkan Allah, yakni ibadah mencari nafkah.

Setiap pekerjaan yang dilakukan mestilah diukur dengan neraca iman dan barulah datangnya keberkatan dalam hidup.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan:

إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.
(HR Tirmizi)

Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa?
Lalu Baginda SAW menjawab:

وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ

Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.

 (HR Ahmad)


Rasulullah SAW turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah SAW:

الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ

Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran.

 (Musnad Firdaus al-Dailami)

Yang Memberi rezeki itu Allah SWT, tidakkah kita sedar yang Allah itu sedang melihat dan mengawasi hamba-hambaNya?

Namun jika kita menjalankan perniagaan dengan meletakkan Allah dibelakang kita, ini seolah-olah diri kita telah hilang pedoman, itu bermakna kita menjalankannya mengikuti hawa nafsu.

Allah telah menetapkan 'SunnahtullahNya',

Kita ada hukum hakam yang harus ditempuhi, jika tidak kehidupan kita ini pasti dilanda musibah dan jauh dari keberkatan. Kesannya rumah tangga berantakan, harta selalu punah, situasi sekeliling yang memenatkan fikiran dan emosi, pelbagai musibah kita akan dapat (Nauzubillahminzali')

Kita sangka dengan tidak mencuri dan merompak kita sedang mencari yang halal, namun kita terjerumus pula dalam 'mencuri' yang lain.

Rasulullah SAW pernah mendoakan rahmat buat peniaga dan juga pembeli yang bertimbang-rasa dalam urusan jual beli.

Sabda Baginda:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى

Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli, dia bertimbang-rasa.
(HR Bukhari)


Semoga tiada penindasan yang berlaku dalam urus niaga kita. Burung itu terbang dengan dua sayapnya, jika patah satu sayap maka tidaklah dapat burung itu terbang lagi, begitulah dengan halal dan barokah.

Moga Allah membimbing kita semua ke jalan yang diredhai-Nya.

Allahumma, Aamiin...

Najib Khalid Jafri
Penulis bebas

0 Response to "Nasihat Nabi Muhammad SAW Buat Para Peniaga"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK