PKP Terkurung Hidup Jadi Murung

 

Tekanan hidup di dalam pendemik dirasakan kini sangat meruncing. Semua orang terkesan. Malah berita orang bunuh diri sangat membimbangkan. Takut rasanya bila mana baca berita ada orang mati bunuh diri.

Dah banyak kes dah kita dengar. Malah ada yang gantung diri, ada yang terjun dari tempat tinggi. Tekanan perasaan tidak boleh dianggap suatu perkara yang mudah.

Saban hari kerap berlaku kes tersebut sangat membimbangkan. Kesusahan dan kepayahan akibat dibuang kerja serta banyak perkara lain lagi menjadi penyebab dan dorongan seseorang bertindak diluar batasan.

Payah nak diterangkan tentang masalah tekanan perasaan yang boleh mengakibatkan gangguan pada mental seseorang sehingga sukar untuk berfikiran waras.

Hidup terkurung kerana pendemik, hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan, semua itu bagaikan suatu bebanan yang terpaksa ditanggung. Setiap orang tak sama ujiannya.

Bagi mereka yang ada harta benda, ada wang yang banyak memang tak terasa. Namun bagi golongan yang susah, ia suatu sangat mendesak. Malah ada juga yang menuduh mereka malah berusah sedang mereka telah berusaha tetapi gagal.

Musim begini sangat mencabar, apa yang ada hanya untuk makan itupun belum tentu cukup. Itulah kesan daripada dari berlarutnya PKP. Tekanan demi tekanan terpaksa dihadapi.

Kita sebagai orang Islam, perlu kuat dan kena tabah semoga kita dijauhkan untuk bertindak sedemikian. Memang sukar nak lawan perasan tetapi sama-sama berusaha untuk lawan hasrat hati yang ingin membunuh diri.

Penyakit mental adalah suatu yang sukar dijangka, bagi orang sekeliling pula tolong tanya khabar saudara mara sahabat handai supaya mereka tidak tertekan. Bantulah apa yang termampu termasuklah beri motivasi dan jangan menyalahkan.

Jangan anggap orang yang sakit mental ni mereka minta untuk jadi begitu, sebab keadaan sekarang ni ramai orang terdedah dengan masalah tersebut. Hal ini menjadi pemangkin kerana pandemik, kita terkurung.

Dapatkan rawatan pakar

Jika anda mendapati orang terdekat anda mengalami perubahan sikap secara mendadak, atau mengalami kemurungan melampau, bantulah dia.

Kalau boleh dapatkan rawatan segera bertemu dengan pakar. Dan masyarakat sekeliking juga perlu main peranan sebab kita tak tahu sebab ada orang mudah diserang panik attack dan ada yang terdorong untuk mencederakan diri sendiri.

Dan kena faham, masalah mental ini menyerang sesiapa sahaja. Tak semestinya kita ni orang Islam maka tak kena penyakit ini. Jangan salah faham. Ada juga gelaja-gelaja menunjukkan seseorang itu ada masalah, contohnya Panic Attack.

Apa itu Panic Attack?

Keresahan melampau juga menjadi salah satu simpton atau gejala penyakit mental. Ia adalah signal yang memberikan kesan buruk pada pemikiran yang amat menakutkan. Untuk mengentahui serba ringkas bagaimana ia menyerang, tonton video ini dari Dr. Hazli Zakaria.

@drhazli_zakaria

Pernahkah anda? ##sipendengarlara ##mentalhealth ##healthcheck ##panicattack ##panic

♬ original sound - DrHazliZakaria

Jadi, apa yang disebutkan oleh doktor adalah merupakan simpton-simpton tersebut. Namun terdapat banyak lagi jenis-jenis penyakit mental yang lain. Contohnya, Bipolar, Anxiety, Skizofrenia (Ini pun ada banyak jenis juga) dan lain-lain.

Mata kita nampak ia macam masalah kecil? Tetapi sedarlah bahawa impaknya sangat besar. Jika ia belum terjadi pada ahli keluarga kita atau orang terdekat kita, memang kita anggap ia tak ada apa-apa masalah.

Ada juga beranggapan, manusia begitu adalah manusia yang tak ada pedoman, jangan... jangan cakap macam tu sebab kita tak berada di tempat seseorang itu. Mungkin hari ini kita menafikan, namun andai kata ia berlaku kepada diri sendiri, barulah kita sedar bagaimana keadaannya.

Walau bagaimanapun, minta semua itu dijauhkan dan kita semua dilindungi, Insya-Allah Aamiin. Oleh itu, janganlah kita untuk saling mengata dan menuduh yang bukan-bukan. Kita doakan yang baik-baik. - SD.

0 Response to "PKP Terkurung Hidup Jadi Murung"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK