Resipi Puding Cendol Dari Dapur Cik Fieyza


Hi semua, kali ini SD nak persembahkan sebuah resepi daripada Novelis Affieyza Isahak. Jom sama-sama kita bersantai dengan resipi dan hidangan terbaru daripada beliau.

Manalah tahu kut-kut ada yang ingin mencubanya juga bagaimana untuk membuat puding cendolnya ini mengikut cara-cara cik novelis ini.

Jom....

Puding Cendols Cik Fieyza

Masa beli cendol tempoh hari, nak buatlah cendol guna santan kelapa sawit. Sebab pernah beli di Changkat Jering, rasanya sedap. Lain daripada cendol yang biasa dimakan.
 
Tapi tak ada pengisar ais dan bahan pun ada yang tak cukup, Cik Fieyza tukar buat puding cendol. Ada tengok resipi di laman masakan popular tetapi sukatan bahan tu buat Cik Fieyza tak dapat nak agak sebab pakai gram. Sejenis yang suka cari resipi yang guna sukatan cawan. 

Mulanya dalam dilema nak buat sebab rasa sangat renyah bila ada lima lapisan tapi cuba jugaklah, sekurang-kurangnya dapat menimba pengalaman membuat puding ni.

Kiranya percubaan ni, ikut sukatan Cik Fieyza pakai cawan. Puding ni cuma ada tiga lapisan. Santan gula melaka, gula melaka dan santan cendol. Tapi bila dah sejuk, tak pasti kenapa lapisan bawah dan atas tu, santannya macam turun ke bawah. Cik Fieyza guna santan kelapa sawit 100%.

Untuk santan cendol tu, inti terlebih sebenarnya. Saja nak bagi meriah.

Untuk resipi, Cik Fieyza buat macam ni :
 
Agar-agar tali peket besar - Bahagi tiga
  1. lapisan santan gula melaka
  2. lapisan gula melaka
  3. lapisan santan cendol

Lapisan santan gula melaka :
Masak agar-agar hingga larut, masukkan gula melaka dan gula putih, dah larut tambah santan dalam secawan dan sedikit garam. Dah mendidih, tutup api dan bahagi dua bahagian

Lapisan gula melaka :
Masak agar-agar hingga larut, masukkan gula melaka dan biarkan mendidih. Bahagikan kepada dua bahagian

Lapisan santan cendol :
Masak agar-agar hingga larut, masukkan gula putih (ikut manis selera masing-masing), santan dalam secawan setengah dan sedikit garam. Apabila sudah mendidih, bileh tutup api.

 

Okey, untuk mudahkan, Cik Fieyza masak satu lapisan dahulu. Sambil tunggu lapisan pertama suam, masak lapisan kedua kemudan yang ketiga. Lepas lapisan santan cendol dah sejuk, tuang lapisan kedua baru yang pertama.

Untuk lapisan santan cendol tu, Cik Fieyza tambah sagu dan jagung dalam tin. Itu yang isi padat.
Tapi tak tahu kenapa santan pertama tu turun ke bawah jadi lapisan bergaris, tak geng pula.

Selamat Mencuba.

Oleh: Novelis Affieyza Isahak

0 Response to "Resipi Puding Cendol Dari Dapur Cik Fieyza"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK