“Mohon MPD Sediakan Tandas Awam,” Yatiey Bimbangkan Keadaan Orang Ramai


Terkadang apabila perlu menunggu lama pelbagai perasaan mula muncul. Begitulah yang berlaku kepada warga Dungun yang terpaksa menghadapi masalah ketiadaan tandas awam berdekatan dengan kawasan tumpuan khususnya di tempat pembankan.

Jika dilihat kawasan tersebut sangat ramai orang untuk satu-satu masa apabila melibatkan urusan pembankan yang begitu sibuk. Tambah lagi bila waktu urusan pengeluran wang yang disalurkan oleh kerajaan.

Ketiadaan tandas awam amat menyulitkan bagi mereka yang tiba-tiba hendak berurusan di situ. Menerusi akaun Facebook, Yatiey Yateypjoey memohon agar pihak Majlis Perbandaran Dungun menyediakan tandas awam di kawasan BSN.

Ada yang terpaksa menahan air kecil dan air besar semata-mata untuk terus beratur di situ kerana  memakan waktu yang lama. Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ini.

Menurut pemerhatian kami juga, amat wajar sekiranya kawasan tersebut diadakan tandas. Paling tidak pun ada tandas bergerak atau tandas sementara bagi memastikan orang awam dapat menggunakannya.

Di situ sangat sibuk tambah lagi terdapat lebih dari satu bank. Maka ia menjadikan kawasan tersebut sesak untuk satu-satu tempoh. Bahkan apabila tiba waktu bantuan saluran wang dari kerajaan, boleh dilihat akan keadaannya.

Keperihatinan pihak berwajib amatlah diharapkan kerana andalah tunjang harapan untuk membantu rakyat jelata bagi memastikan keselesaan dan keharmonian rakyat terjamin. Kasihan mereka yang menghadapi kesukaran.

Bayangkanlah sekiranya mereka terpaksa membantalkan urusan, semata-mata hendak membuang air kecil atau besar dan terpaksa pergi jauh dari situ. Atau pun terpaksa pergi ke tempat lain untuk lepaskan hajat. Itu memakan waktu.

Itu bagi yang sempat. Bagaimana bagi yang tak sempat? Terkucir di situ? Bagi orang-orang tua? Bagaimana pula? Jadi begitulah pandangan orang-orang yang mengharapkan perubahan. Jika boleh, kalau tak boleh nak buat macam mana.

Dungun semakin membangun, semoga pembangunan ini semakin memudahkan orang ramai seiring dengan keselesaan dan keharmonian sejagat. - SD.

0 Response to "“Mohon MPD Sediakan Tandas Awam,” Yatiey Bimbangkan Keadaan Orang Ramai"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW SUARADUNGUN DI FACEBOOK