Akauntan, anak 4 tahun ditemui lemas di kolam renang resort
DUNGUN: Sebuah keluarga akauntan dari Petaling Jaya, Selangor yang bercuti di sebuah resort terkenal di Dungun berhadapan dengan insiden malang apabila dua daripada mereka ditemui lemas dalam kolam renang tempat mereka menginap, petang Khamis.
Mangsa yang terlibat adalah Leong Choy Kee, 34 bersama dengan anak lelakinya iaitu Ng Ho Jun, 4, dijumpai berada pada dasar kolam terbabit oleh pengunjung lain yang ingin menggunakan kemudahan tersebut, kira-kira jam 1:45 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa itu dipercayai tidak pandai berenang dan jarak kemudahan rekreasi tersebut dari bilik penginapan mereka lebih kurang lima belas (15) meter sahaja.
“Kedua-dua beranak itu ditemui di dasar kolam yang sedalam tiga meter oleh beberapa pengunjung lain yang ingin mandi di tempat berkenaan sebelum memakluman kepada kaunter petugas.
“Selepas menerima makluman, kedua-dua beranak itu dikeluarkan dari kolam oleh tiga orang pekerja resort dan bertindak memberikan bantuan pernafasan tetapi tidak berjaya, sebelum dibawa ke Hospital Dungun menggunakan ambulans,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Tambahnya, hasil bedah siasat pula mendapati bahawa punca kematian kedua-dua mereka itu adalah disebabkan lemas. Mayat mereka pun telah pun dituntut oleh ahli keluarganya.
Jadi begitulah berita kejadian pada khamis lalu dan ramai yang ingin tahu di manakah kejadian itu berlaku. Resort manakah? Kenapa pemberita tak melaporkan lokasi kejadian?
Sebenarnya kejadian atau tragedi ini tak disangka. Kalau diberitahu secara umum lokasi dan tempatnya, dikhuatiri nanti ia menjejaskan nama baik resort berkenaan.
Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa sepatutnya hotel atau resort menyediakan life guard. Tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut. Lebih baik kita elak dari membuat sebarang spekulasi.
Kalau nak diikutkan memang rasa canggung dengar kolam tiga meter dan mangsa pun tak pandai berenang, tapi nak mandi? Itulah persoalan yang berlegar dalam kepala. Sebab itulah kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
SD sendiri pun tak dapat bayangkan bagaimana ia bermula. Tetapi bagi SD ia tragedi yang sangat-sangat tak terduga sama sekali. Tiada siapa pun sangka.
Pernah ingat kes pada tahun 2016 dahulu kejadian itu berlaku di Dungun juga? Ketika itu ada seorang pelajar SMK Sultan Omar berusia 13 tahun, mati lemas akibat tergelincir jatuh ke dalam kolam. Pelajar tersebut pula tahu berenang, tapi nasib.
Kolam renang tersebut pula sedalam 5 meter menurut berita yang melaporkan. Nama lokasinya dinyatakan, maka orang pun cuak maka dengar khabarnya kolam renang tersebut telah ditutup.
Dan begitulah, ada pro dan kontranya juga. Ada yang baik dan buruknya. Ia terpulang pada kita untuk menilainya sendiri. Ok, semua. Terima kasih kerana sudi membaca artikel pada kali ini. Jumpa lagi.
Catat Ulasan for "Akauntan, anak 4 tahun ditemui lemas di kolam renang resort"