Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bertukar Ke Domain Baru


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca setia SD. Semoga anda semua baik-baik ya. Terima kasih kami ucapkan kerana masih menyokong usaha kami menyampaikan info-info kepada anda.

Pertama sekali kami ingin memohon maaf di atas pertukaran domain kami ini kerana domain dot com yang lama sebelum ini telah diambil oleh pihak tertentu. Yang pasti blog ini adalah yang original.

Jadi kami terpaksa menukar domain baru iaitu dot net untuk anda access ke blog kami ini. Disebabkan itu kami terpaksa menukar linknya.

Memang banyak kerja, tapi nak buat macam mana semua itu perlu dilakukan demi penambahbaikkan. Lagipun blog ini dah lama bertapak sejak 2014 lagi.

Tanpa sokongan anda, siapalah kami di sini. Alhamdulillah sehingga ke hari ini kami masih menerima kunjungan pembaca meskipun terdapat perubahan besar setelah domain lama tak dapat dimiliki kembali.

Walau bagaimanapun, kami akan cuba buat yang terbaik untuk pembaca-pembaca SD dan berkongsi info. Santai-santai sahaja.

Sebelum itu, kami juga ingin membuat penafian bahawa setiap artikel yang dibaca kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang anda peroleh dari maklumat kami kerana kami telah menyatakan pada kolum penafian (disclaimer).

Harap anda baca dan memahaminya supaya tidak salah faham di kemudian hari nanti. Sebab kami tahu bukan semua orang suka baca isi, kadang baca tajuk sahaja dah buat kesimpulan.

Itu kami tak bertanggungjawab. Ia terpulang kepada anda sendiri. Jadi bacalah penafian terlebih dahulu supaya anda tak berasa kerugian.

Ada yang tanya kami, apa tujuan blog ini?

Mudah sahaja,. tujuannya adalah untuk perkongsian info. Itu sudah dinyatakan dalam about us. Dah lama blog ini wujud, sejak 2014 ia aktif, cuma pada tahun 2020 ia hilang dari radar.

Dan lagi, untuk menghiasi dan mewarnai dunia blog. Masih ramai yang suka membaca sebenarnya. Kami pun di antara orang yang masih suka menulis.

Kami yakin, ada di antara anda yang masih suka membaca demi mencari ilmu dan menfaatnya. Jadi tak salah untuk kami turut hadir dalam media massa ini.

Oh ya, sebelum terlupa kepada yang nak tukar domain blog kepada dot com dot net atau sebagainya boleh contact NetKL, anda Google sahaja dengan kata kunci 'netkl' akan keluar website mereka. netkl.com dan kat sana anda boleh apply.

Terima kasih untuk anda kerana meluangkan masa membaca entri ini. Jumpa lagi.

1 ulasan for "Bertukar Ke Domain Baru"

  1. Ramai yang kata blog sudah tak relevan. Silap tu. Selagi ada internet dan manusia selagi itulah blog relevan. Dan gadget pun dah semakin berkembang. Selagi itulah dia relevan. Malahan sekarang ni, blog-blog pun banyak dah menaik taraf

    BalasPadam
IKLAN
IKLAN