Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Boleh Je Mandi... Signboard Ni Untuk Tarikan Pelancong Je,” Netizen Dungun Meluahkan Keresahan Ada Yang Mandi Di Pantai


Beberapa hari ini menjadi bualan di media sosial khususnya melalui hantaran dalam kumpulan Dungun di Facebook. Wanganet melahirkan kegusaran kerana mendapati ada segelintir masyarakat yang dilihat mandi di pantai.

Intan Shaheera Sariff telah memuat naik gambar tersebut dan mendapat maklumbalas daripada warganet. Ada yang tidak setuju dengan tindakan mereka yang mandi kerana ia  mengundang bahaya.

Tambah lagi, pantai Dungun kerap berlaku tragedi mati lemas yang menimbulkan kegusaran orang ramai untuk mandi. Boleh dikatakan saban tahun ada yang menjadi korban.

Terdapat beberapa hantaran telah dimuat naik oleh beberapa individu berlainan memaparkan orang sedang mandi. Di antaranya dari Morris Pasembot dengan caption, "Ni semua menyusahkan orang, bila berlaku sesuatu..."


Gara-gara itu ia mengundang pelbagai reaksi orang ramai mengenai insiden terbabit yang menimbulkan kegusaran. Salah seorang pengguna bernama Kimi Tiong berkata, papan tanda dilarang mandi besar sudah ditulis, tak pandai baca lagi ke? Itulah yang menjadi persoalan.

Selain itu, ada juga yang berkata jikalau terjadi apa-apa adalah menjadi tanggungjawab sendiri. Namun ada juga berpendapat bahawa pantai Dungun tidak lagi sesuai untuk mandi manda.

Walau bagaimanapun, terdapat komentar yang mencuit hati mengatakan bahawa papan tanda yang dipacakkan adalah sekadar untuk tarikan pelancongan sahaja.

Ini bermakna, masih ada yang tidak faham tujuan sebenar papan tanda itu didirikan di kawasan pantai yang memberikan amaran agar perkara tak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.


Berhati-hatilah, malang tidak berbau. Apa kata anda?

Catat Ulasan for "“Boleh Je Mandi... Signboard Ni Untuk Tarikan Pelancong Je,” Netizen Dungun Meluahkan Keresahan Ada Yang Mandi Di Pantai"

IKLAN
IKLAN