Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nak Pilih Yang Mana, Jadi Agen Dropship Ke Atau Affiliate?


Ramai orang terkesan gara-gara PKP sebelum ini. Ada yang hilang pekerjaan bahkan tak tahu dah nak buat apa. Ada yang masih tercari-cari peluang baru nak berniaga apa.

Tidak dapat dinafikan penularan wabak bermula 2019 lagi amat-amat memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara dan ekonomi kita. Selama dua tahun pergerakan kita terbatas, kan?

Kini baru dapat tarik nafas lega dah dapat rentas negeri boleh jalankan perniagaan, tapi harus ingat ya jaga SOP. Jangan kita lupa bahawa virus Covid-19 belum hilang dari bumi Malaysia, malah dari dunia.

Berbalik pada topik yang kita nak bahas kali ini adalah berkenaan Dropship dan Affiliate. Apa itu dropship? Dan apa itu affiliate? Macam dah biasa dengar, kan? Tapi tahukan anda kedua-dua ini sangat berbeza cara kerjanya.

Musim begini untuk cari pendapatan sampingan amatlah digalakan. Jadi cara yang mana lebih mudah untuk anda jalankan? Sebelum anda decide nak melakukan yang mana. Anda perlu tahu makna di antara kedua-duanya.

Apa itu Dropship?


Secara ringkasnya Dropship ini sebenarnya 'orang tengah' dan ia dilakukan sama ada dengan modal atau tanpa modal. Ia menjadi ejen kepada dropshipper (Pemilik barang). Kalau kita tak ada barang tak apa. Itulah dinamakan dropship, berniaga barang orang lain.

Ejen ini yang akan berurusan dengan pembeli sama ada melalui medsos, website dan sebagainya. Buyer (pembeli) akan membuat pembayaran kepada ejen termasuk kos penghantaran dan kemudian ejen tersebut akan membuat pembayaran pula (harga ejen) kepada dropshipper (pemilik barang).

Jadi yang akan pos barang tersebut adalah pemilik barang kepada pembeli. Ejen tak simpan stok barang berkenaan. Hanya ambil order sahaja. Pendek kata kena buat promosi dan kerja keras untuk urusan jual beli tersebut.


Agen dapat duit dari keuntungan harga agen tersebut. Contohnya, kalau barang itu berharga RM15, Agen mungkin dapat harga RM11. Jadi untungnya RM4. Ini contoh sahaja.

Sekiranya agen tersebut dapat menjual 10 unit barang jadi sifirnya mudah, 10 unit x RM4 = RM40. Maka agen mendapat keuntungan bersih sebanyak RM40.

Tetapi kena melakukan step by step. Pembeli bayar pada agen, agen kena bayar pada dropshipper dan agen kena maklumkan pula kepada pembeli berkenaan barang tersebut sudah dihantar atau belum.

Bagaimana pula dengan Affiliate?

Apa itu Affiliate?


Program affiliate cukup mudah dan tak perlu langkah yang banyak. Hanya mempromosi link pembelian sahaja dan pembeli hanya akan membeli melalui link tersebut.

Affiliate ni salah satu teknik memasarkan produk dengan cara mengiklankan produk di internet.

Program Affiliate ialah anda jadi orang tengah (agen) mempromosikan produk atau barang milik orang lain melalui link affiliate.

Selepas ada transaksi dengan andanya orang membeli sesuatu produk tersebut melalui link affliate anda itu maka anda akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu.

Maka pemilik link itu akan mendapat komisen. Mudah. Contohnya, Shopee juga membuat program Affiliate ini. Tidak lupa juga dengan Lazada. Program-program ini mudah kerana pembeli hanya terus membeli di website mereka.

Cuma, tugas pemilik link affiliate ini hanya melakukan promosi sahaja. Mereka ada sistem dan tahu siapa yang buat promosi dan itulah orang yang mendapat komisennya.

Banyak pemilik bisnes yang lancarkan program affiliate mereka, termasuklah klik jer yang dah lama bertapak. Klik jer ini menjual ebook.

Jadi, affiliate anda dah tak perlu dan ada contact-contact Whatsaps dengan pembeli nak beritahu barang itu dah di post ke belum atau sebagainya, itu semua pemilik bisnes di website tersebut uruskan kerana mereka ada sistem.

Kadang ada yang membayar komisen sehingga 30% - 50%, lumayan, kan? Namun semua itu bergantung kepada usaha dan kesungguhan. Tanpa usaha semua itu tak akan tercapai.

Anda nak pilih yang mana?

1 ulasan for "Nak Pilih Yang Mana, Jadi Agen Dropship Ke Atau Affiliate?"

IKLAN
IKLAN