Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Khairul Serius Berniaga Char Kuetiau


DUNGUN: Kami berpeluang menikmati keenakan char kuetiau pada malam ini. Sememangnya kuetiau sudah tidak asing lagi bagi penduduk setempat. Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati.

Kali ini kami makan kuetiau milik saudara Khairul atau nama sebenarnya, Mohd Khairul bin Sulong, berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Sura Tengah.

Saudara Khairul seorang yang ramah dan kami pun sangat senang di atas layanan yang diberikan malah murah pula dengan senyuman.


Tengoklah sampai habis kami makan tak tinggal sisa kuetiau lagi di dalam pinggan. Maaflah, bukan tak nak ajak, tapi sedap sangat. Tak sedar dah habis.

Kami pesan kuetiau biasa tapi tambah telur. Di sini terdapat pelbagai menu, dari kerang, udang sehingga yang special. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Apabila ditanya, dah lama ke Encik Khairul berniaga? Katanya lama tu tidak, tapi dia memang minat berniaga char kuetiau ini dan memberikan nama perniagaannya sebagai Khairul Char Kuey Teow.

Menurutnya, dia mula belajar membuat char ini semenjak tahun 2014 lagi dan pernah membuka pernigaaan kemudian terpaksa menutupnya di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Selepas itu beliau membuka semula gerainya di hadapan rumah sahaja. Dan pada tahun 2021 akhirnya beliau mengambil keputusan dengan membuka sebuah kedai.

Kedai tersebut terletak di Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung bersebelahan dengan kedai Wani Frozen. Boleh Google Maps landmark kedai frozen tersebut kerana kedai Khairul belum kemaskini lokasinya.


Berdasar pemerhatian kami, kedai saudara Khairul masih lagi baru namun pelanggan setianya tetap memberikan sokongan dan tidak jemu-jemu datang menikmati rasa kuetiau yang dimasaknya.

Kami sempat bertanya, dari mana beliau belajar membuat char kuetiau ini? Adakah berguru dengan sesiapa? Lalu jawabnya, hanya melalui Youtube dan kemudian beliau mencuba membuatnya.

Setelah itu beliau mengubahnya mengikut citarasa sendiri seperti yang kami makan sekarang. Ya memang sedap dan kena dengan selera kami.

Berkenaan harganya pula sangat berpatutan dan pula sempatlah kami lihat tadi ada pelanggan yang inginkan CKT kosong, saudara Khairul tetap sediakan dan caj yang dikenakan sangat berbaloi.

Ini bermakna kehendak pelanggan dituruti. Begitulah cara sebenar untuk memuaskan hati pelanggan. Semoga perniagaan saudara Khairul terus maju dan diberkati, Aamiin.

Selain itu, kepada pengguna QuinPay, di sini juga menyediakan perkhidmatan pembayaran menggunakan QuinReward E-Wallet dan anda juga boleh memesan makanan melalui aplikasi Quicksent.

Sekiranya pembaca SD inginkan sebarang info atau pertanyaan, bolehlah menghubungi saudara Khairul di talian 011-16377518

Catat Ulasan for "Khairul Serius Berniaga Char Kuetiau"

IKLAN
IKLAN