Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Geng Plastik Ija 'Clear' Pantai

Tempohari admin ada melalui jalan Pantai Teluk Lipat, Dungun dan melihat ada kumpulan orang berpakaian hijau dan plastik hijau sedang bergotong royang memungut sampah. Jadi admin tertanya-tanya, siapakah mereka?

Biasanya orang yang menjaga kebersihan pantai adalah petugas kontraktor yang ditugaskan di kawasan masing-masing. Apabila admin selidik, rupa-rupanya mereka adalah sebuah komuniti yang melakukan kerja itu secara sukarela.

Mereka dikenali sebagai Geng Plastik Ija. Admin tak tahu siapa mereka tetapi kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka adalah suatu yang baik dan perlu dicontohi. Kerja-kerja amal ini adalah suatu yang mulia.


Secara tidak langsung kita juga dapat mendidik hati kita untuk mencintai kebersihan dan keindahan. Ada di kalangan kita tanpa segan silu membuang sampah merata-rata biarpun tong-tong sampah telah pun disediakan.

Di situ sebenarnya menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Namun, siapa pula kita yang melihatnya? Adakah kita seorang yang mampu melihat kekotoran? Jika kita tidak dapat mendidik orang lain, lebih baik kita mendidik diri kita sendiri.

Untuk tidak membuang sampah merata-rata ini sebenarnya didikan bermula dari rumah. Ia adalah kesedaran sivik yang perlu dilatih. Sekiranya seseorang itu mencintai kebersihan dan keindahan, sudah tentu hendak membuang plastik gula-gula di merata-merata pun berfikir banyak kali.

Apabila menjadi habit, ia tidak akan membuangnya di mana-mana melainkan di tempat yang sepatutnya. Itulah dinamakan didikan dan kesedararan. Apabila seseorang itu sudah terbiasa dengan kekotoran, tangan akan mudah mencampakkannya dengan mudah.

Lagi satu, tiada tanggungjawab dan berfikir akan ada orang yang akan membersihkannya, "Alah, kontraktor kebersihan kan ada..." jadi mereka dengan mudah membiarkan sampah-sampah itu. Maka saban waktu mereka seronok.

Inilah sikap manusia yang tidak patut dicontohi. Berbalik pada Geng Plastik Ija tadi, mereka selalu mengadakan program yang dinamakan plogging itu mengutip sampah-sampah yang ada di pantai. Keindahan pantai perlu dijaga.

Kalau dah ada sampah, permandangan pun jadi tercemar. Kita pun jadi tak seronok nak tengok. Syukur Alhamdulillah dengan adanya komuniti ini, sedikit demi sedikit masyarakat mula terdidik untuk menjaga kebersihan.

Sekurang-kurangnya, kalau dah makan kat tepi pantai tu, sampah tu jangan tinggal, ambil bawa balik dan buang ke dalam tong sampah. Cuba banyangkan kalau orang lain makan di halaman rumah korang, kemudian sampah tu orang tinggal, apa korang rasa?

Ini tempat awam, sama-samalah kita jaga. Sama-sama kita nikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Sama-samalah kita pelihara dan barulah tak sakit mata. Jangan kita pentingkan diri kita sendiri.

Sesiapa yang ingin mengentahui lebih lanjut berkenaan komuniti ini boleh ke pautan halaman rasmi Facebook mereka iaitu Geng Plastik Ija.

Catat Ulasan for "Geng Plastik Ija 'Clear' Pantai"

IKLAN
IKLAN