Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Aku mahukan anak itu.” Benda misteri mengikut balik sampai ke rumah


Hi semua pembaca Suara Dungun. Ada satu kisah ini agak misteri juga tapi tak boleh nak share lokasinya demi nak jaga nama baik. Ia terjadi di satu kawasan sebuah tempat rekreasi.

Satu keluarga ini berkelah dekat situ sambil mandi manda. Biasalah di situ ada air terjun dan tempatnya ramai orang berkunjung.

Pendek kata kawasan tersebut sebenarnya memang menjadi tumpuan orang awam dari serata tempat. Sekitar air terjun biasalah kan ada hutan dan berbatu-batu.

Sebut kata hutan, bunyi cengkerik semua duk adalah kan. Jadi itu pertama kali keluarga itu pergi dekat situ. Keluarga Farid (bukan nama sebenar) dia, isteri dan empat orang anak. Tiga lelaki dan yang bongsu perempuan.

Anak dia yang bongsu tu umur 3 tahun. Dah boleh bercakap dah. Jadi keluarga Farid berkelah dekat situ, dia hampar tikar jauh sikit dari orang lain. Mandi belah pinggir-pinggir hujung. Dekat atas itu katanya ramai orang lagi pun dalam.

Tempat yang dia duk santai itu airnya tak dalam mana, jadi bolehlah anak-anak dia bermain air. Masa petang itu anak bongsu dia tiba-tiba menangis tak tahu kenapa.

Jadi mak budak tu tanyalah kenapa? Farid pun pujuklah anak dia tu jugak kenapa teriak-teriak. takut lapar ke apa, jadi suruh makan. Anaknya menangis macam takut. Terus peluk mak dia.

Tak lama selepas itu anak bongsu dia diam tak pergi main air. Duk peluk mak dia kuat-kuat. Farid tengok peliklah anaknya, kenapa nampak macam tu, kan?

Memang tak lekang dari ibunya langsung. Sampai si ibu tu nak bergerak pun payah. Nampak sangat si anak tu macam takut. Duk tengok-tengok keliling hutan.

Farid pun rasa tak sedap hati. Dia pun ajak anak-anak dia berkemas dan balik. Sepanjang perjalanan, biasanya anaknya itu banyak bercakap, tapi tiba-tiba diam. Selepas dah sampai rumah apa semua. Malam tu pulak anak perempuannya menangis tak henti-henti.

Anak-anaknya yang lelaki tak ada apa-apa, relaks aje, cuma mereka rasa terganggu la sebab dah adik diorang bising tengah-tengah malam.

Bini Farid tanya kenapa? Tapi mulut anak dia macam terkunci susah nak cakap. Langsung tak beritahu kenapa. Jadi peliklah. Esoknya badan anaknya panas sangat.

Selepas itu Farid bawa anak dia jumpa doktor, anaknya kena demam panas. Doktor bagi ubat apa semua, bawa balik. Sampai rumah menangis lagi. Dah risau sangat kata ini bukan menangis biasa ni.

Tengah malam tu masa mak dia nak masuk bilik mak dia terkejut sebab dengar suara anak dia cakap "Tak nak, tak nak!" Macam cakap dengan seseorang. Ingatkan mengingau ke apa.

Ketika ibunya kuak pintu bilik, ibunya terkejut tengok macam ada benda baru je tembus dinding biliknya. Dia tak pasti benda apa tu sebab tak berapa jelas. Tapi yang pasti si ibu tu meremang.

Jadi bini Farid ini pun beritahu yang ada benda tak beres. Bawalah pergi berubat kampung. Bila berubat dengan seorang ustaz yang arif ini pun beritahu, bahawa bunian itu berkata, "Aku mahukan anak itu," ia berkenan (suka) dengan anaknya.

Terkejutlah Farid, ustaz tu cakap begitu. Tapi ustaz itu ikhtiar berubat dan meminta si anak minum air tawar supaya semangat anaknya itu pulih semula.

Anak bongsu Farid itu cuma terkejut sahaja gara-gara benda itu memujuk supaya ikut balik ke alam di sebalik mata tapi anak itu tak nak dan enggan mengikuti benda ghaib tersebut. Makhluk ghaib itu mahukan anaknya.

Ustaz itu dah berinteraksi dengan benda tersebut dan meminta supaya jangan diganggu lagi anak itu, anak itu tidak bersalah. Kemudian barulah anaknya itu dah tak menangis.

Keadaan semua dah kembali tenang cuma ada kesan yang pelik, kadang Farid pernah ternampak anaknya seperti berbual-bual dengan seseorang yang Farid tak nampak. Adakah itu dunia imaginasi anak-anak? Atau 'bunian' itu datang lagi?

Farid tak tahu. Sekian.

Diceritakan oleh Tobor

Catat Ulasan for "“Aku mahukan anak itu.” Benda misteri mengikut balik sampai ke rumah"

IKLAN
IKLAN