Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DUNGUN: Cerita Sebenar Di Sebalik Martion


Hai pembaca SD yang dihormati. Kali ini SD ingin kongsikan kepada anda satu kisah bisnes orang kita yang cukup popular di daerah Dungun yang tercinta ini.

Siapa lagi kalau bukan Martion. Perkongsian ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai satu sumber inpirasi untuk kita semua.

SD petik kisah tersebut yang merupakan perkongsian dari tuan badan sendiri. Jadi kami sampaikan pula kepada anda. Mana tahu ia memberikan sedikit info.

Barangkali anda di luar sana tertanya-tanya tentang kisah sebenarnya selama ini. Kini ia bukanlah satu rahsia lagi tetapi ini merupakan sebuah hakikat yang patut dikongsikan bersama.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh pemilik Restoran Martion Western Food iaitu Encik Amri Yaman. Ia cuma berkenaan serba sedikit latar belakang bagaimana ia bermula.

Mungkin anda kat luar sana tertanya-tanya apakah maksud sebenar MARTION? Dan dari mana ia mula wujud? Jadi di sini Encik Amri Yaman akan kongsikan kepada anda.

Dari Manakah Mendapat Nama Martion Sehingga Ia Menjadi Satu Branding Yang Terkemuka Di Dungun Ini?

Hari ini saya akan rungkaikan ia agar tidak timbul lagi persoalan dan pertanyaan yang berada di benak fikiran anda semua.

Bagi saya MARTION adalah satu (1) perkatan yang sangat unik dan cara untuk menyebutnya pula adalah MAR-TION dengan sleng (dialek) Malay style.

Apakah Makna Sebenar Perkataan Martion?

"MARTION" adalah satu nama unik yang dipilih oleh abang kami yang membawa maksud "KERJASAMA" dan ia adalah usahasama kami tiga beradik yang bernama Amri bin Yaman (saya), Noorfatini binti Mad Adam dan Ahmad Amiru bin Mad Adam.

Dalam usaha mencari peluang perniagaan di Dungun dan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang-orang yang memerlukan kerja.

Bilakah Martion Mula Beroperasi?

Tanggal 24hb April 2015 merupakan tarikh mula pembinaan kedai di Jalan Pantai Dungun, Terengganu yang pertama. 

Dengan gabungan kerjasama ini maka terciptalah “MARTION” yang menjadi sebutan orang ramai serta pilihan utama bagi penggemar masakan WESTERN FOOD terutamanya.

Menu-menu yang ada di “MARTION” adalah resepi istimewa keluarga yang digunakan di rumah sebelum ini.

Dengan keyakinan yang ada bahawa resepi ini mempunyai potensi untuk diketengahkan maka ia digunakan.

Dan Alhamdulillah dengan Rahmat-Nya masakan kami boleh diterima oleh penggemar masakan western food di luar sana.

Kami hanya menggunakan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan terpilih, dan hasilnya kami mempunyai menu-menu yang sihat serta istimewa.

Dengan berkonsepkan 'distinctive classic' dan 'family recipe', kami kini berupaya berada sebaris dengan kedai-kedai pilihan utama di Dungun dan secara tidak langsung menjadikan Martion kedai Western No.1 di DUNGUN kerana daya tarikannya yang tersendiri.

MOTTO SYARIKAT
GREAT WESTERN FOOD
Itulah bingkisan takdir sejarah yang sudi disampaikan oleh Encik Amri Yaman. Untuk info lanjut, Sila hubungi beliau melalui Facebook Fanpage Martion Dungun.

SD pernah berkunjung ke Martion, dan menikmati sendiri menu yang disediakan. Ia nampak eksklusif. Sangat berbaloi untuk para pengunjung dan pelanggan untuk datang ke kedainya.

Terdapat pelbagai pilihan menu yang memang orang kata memikat jiwa. Memang betul boleh makan seisi keluarga. Kiranya berpatutan dan menjadi pilihan.

Terima kasih semua.

Catat Ulasan for "DUNGUN: Cerita Sebenar Di Sebalik Martion"

IKLAN
IKLAN