Pasti Ada Yang Rindu Char Kuetiau Kak Izan

Kami dimaklumkan bahawa kedai situlah merupakan CKT yang mula-mula sekali bertapak di Dungun. Bermakna mereka dikatakan perintis CKT di daerah ini.
Patutlah dulu orang selalu sangat naik makan char kuetiau, kedai akak ni sangat popular suatu ketika dahulu. Memang sangat sedap.
Tapi tak lama selepas itu difahamkan CKT akak ni pun menyepi. Ingatkan dah hilang terus ditelan zaman. Rupa-rupanya wujud lagi buka balik di jalan Pantai Teluk Lipat.
Lot kedai Maidam, di situ Akak Izan Isa beroperasi semula CKTnya. Jadi kami pun apa lagi, pergilah merasainya sebab dah rindu sangat lama tak pergi makan. Terakhir kami makan pada tahun 2017.
![]() |
Rasanya tak pernah berubah, tetap sedap! |
Bayangkan, beberapa tahun kami tak menikmati kelazatan CKT ini yang kini berwajah baru diberi nama CKT ADIK. Iyalah, ia dibawah satu kompeni ADIK.
Mesti korang tertanya-tanya, apa pulak ADIK tu? Akak Izan Isa ini dah buka bisnes Donut ADIK, jadi dalam masa yang sama open pula bisnes char kuetiau ini untuk kesinambungan bisnesnya yang lalu.
Katanya sayang nak tinggal, sebab perniagaan inilah yang mereka usahakan bertahun-tahun dahulu sebelum Donut Adik wujud dan berkembang sampai sekarang. Alhamdulillah.
Berbalik pada rasa CKT itu tadi, ya ampun... tak lari langsung, sama sedap macam dulu juga. Memang dikekalkan rasa original itu. Terima kasih Kak Izan. Tak sia-sia SD pergi makan baru-baru ini.
Pada hari pembukaan SD tak sempat pergi ada urusan, tapi hari berikutnya baru ada peluang itu pun dah ramai orang. Pelanggan-pelanggan lama Nan CKT dahulu yang rindu turut hadir ke situ.
Kami turut diberitahu bahawa dipremis berkenaan juga ada disediakan menu pelbagai roti. Menarik juga ni untuk dicuba. Terdapat kelainan yang cuba diketengahkan.
Lain kali bolehlah kami datang lagi untuk menikmati keenakan CKT Kak Izan ini. Mesti ada yang rindu, kan? Jangan lupa pergi rasa. Insya-Allah.
Selepas ini SD nak pergi cuba pula CKT Sedap Pior yang berada di Paka. Khabarnya di sana pun sedap juga. Ada char kuetiau telur puyuh katanya. Best tu dan ada bermacam-macam lagi.
Catat Ulasan for "Pasti Ada Yang Rindu Char Kuetiau Kak Izan"